Malaysian Community in Birmingham

"LIKE" Kami Di Facebook!

30 Dec 2013

Majlis Sambutan Aidiladha 2013

09:31 Posted by MCIB ,
Sambutan Aidiladha telah diadakan pada 19 Oktober 2013 di St Francis Hall, Unversity Chaplaincy, University of Birmingham. Majlis kali ini menggabungkan pelajar-pelajar Undergraduate dan Postgraduate di sekitar Birmingham dan Alhamdulillah ia berjalan dengan begitu lancar.







Terima kasih kepada semua yang terlibat!

23 Sept 2013

Majlis Aqiqah

14:01 Posted by MCIB ,
7 September 2013, warga MCIB telah bertambah seorang lagi dengan kelahiran bayi yang diberi nama Muhammad Rayyan al Firdaus.

Majlis Aqiqah telah diadakan pada 22 September 2013 untuk anak lelaki sulung kepada Afal & Wahida. Majlis telah berlangsung di The Church of The Holy Ghost and Mary Immaculate, St Bernard’s Road Solihull, West Midlands.




Majlis yang berlangsung dimulakan dengan Majlis Ilmu telah dikendalikan oleh Ustaz Sanusi. Di antara pengisiannya ialah berkaitan dengan kandungan di dalam Surah Luqman. Allah telah berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman: ayat 14)




13 Sept 2013

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

08:57 Posted by MCIB ,
Kali ini, perlawanan persahabatan di antara pasukan MCIB VS Coventry diadakan di University of Birmingham. Kemenangan berpihak kepada tuan rumah dengan menjaringkan sebanyak 9 gol mengalahkan 5 gol yang disumbat pasukan Coventry.



Tahniah MCIB.

22 Aug 2013

21 Aug 2013

Aidilfitri 1434H di Birmingham

15:44 Posted by MCIB ,
Majlis Aidilfitri diadakan pada 3 Syawal bersamaan 11.8.2013, hari sabtu di St Francis Hall, University Chaplaincy, University of Birmingham.

Salam aidilfitri dari perantauan diucapkan kepada semua warga Muslim di Birmingham terutama vvip attachè yang sanggup meluangkan masa bersama komuniti MCIB.












7 Aug 2013

Tadarus & Iftar di bulan Ramadan

07:23 Posted by MCIB ,
Ramadan di Birmingham disambut secara sederhana. Biarpun begitu, tadarus menjadi satu aktiviti wajib harian sepanjang Ramadan di rumah-rumah berlainan dan majlis Iftar diadakan secara mingguan.





7 Jul 2013

4 Jul 2013

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (away)

04:47 Posted by MCIB ,
Persaingan hebat antara team Coventry dgn Lancar FC telah diadakan pada 4 Julai 2013 di Warwick University.


Tahniah kepada team Coventry..
Lancar FC harus berusaha keras bila bermain di tampat sendiri (home)