- Penerbangan ke Birmingham.
- Urusan Penempatan.
- Urusan Persekolahan Anak & Nurseri.
- Kenderaan & Insuran.
- Pendaftaran Klinik Kesihatan (GP)
- Informasi & Aktiviti komuniti Melayu di Birmingham.
1. Penerbangan ke Birmingham
i - Melalui Emirates, Turkish Airlines, Air France dan KLM- Destinasi yang terakhir adalah di Birmingham International Airport (BHX). InsyaAllah kami akan menguruskan pengambilan tuan/puan di Airport nanti dengan percuma tanpa ada caj yang terselindung. Untuk memudahkan serta melancarkan urusan pengambilan, tuan/puan disarankan untuk menghubungi pihak kami sejurus selepas tuan/puan mendapat tarikh penerbangan ke sini.
ii - Melalui MAS, dan British Airways
- Destinasi yang terakhir adalah di London Heathrow International Airport (LHR). Sekiranya tuan/puan memilih untuk menaiki salah satu dari syarikat penerbangan ini, tuan/puan perlu mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi atau keretapi yang akan terus membawa tuan/puan ke Birmingham.
2. Urusan Penempatan
i - Penempatan Sementara- Pihak MCiB akan menguruskan penempatan sementara tuan/puan setelah tiba di sini nanti. Beberapa pasangan yang telah berkeluarga berbesar hati dan sudi menjadi hos tuan rumah kepada tuan/puan sehinggalah mendapat tempat penginapan yang tetap.
- Kebiasaaannya tempoh untuk mendapatkan penempatan tetap tidak lebih dari seminggu bergantung kepada kesesuaian rumah yang dipilih. Dan sepanjang tempoh tersebut, hos dan rakan-rakan yang lain akan membantu tuan/puan dalam melakukan misi pencarian rumah yang sesuai. Dan sebagai makluman, tiada sebarang caj dikenakan semasa tuan/puan menetap di penempatan sementara ini.
- Di dalam pemilihan rumah, beberapa perkara seperti keselesaan anak-anak dan juga pasangan perlu diambilkira. Disarankan agar tuan/puan sampai di sini dahulu dan dapat melihat sendiri keadaan rumah sebelum membuat bayaran deposit rumah.
- Faktor lain seperti jarak perjalanan ke universiti dan jarak perjalanan ke sekolah anak perlu diambilkira. Terdapat beberapa sekolah di sini yang memerlukan kenderaan untuk ke sekolah disebabkan jarak yang agak jauh.
- Berkenaan untuk mendapatkan makanan halal, InsyaAllah di Birminghm ini tiada masalah dan agak mudah untuk mendapatkan makanan halal di sini.
i - Zon Selly Oak/Selly Park (B29)
- Lokasi berhampiran dengan University of Birmingham.
- Kebanyakkan pelajar/keluarga Malaysia menetap di kawasan ini.
- Harga sewa sebuah rumah sekitar GBP600 - GBP650.
- Sekolah berdekatan: Raddlebarn Primary School, Tiverton Primary School.
- Terdapat dua Masjid berdekatan iaitu Masjid Jalalabad dan Masjid Milner Road.
ii - Zon Harborne (B17,B32)
- Lokasi juga berhampiran dengan University of Birmingham.
- Harga sewa sebuah rumah sekitar GBP600 - GBP700.
- Sekolah berdekatan: Saint Peters, World Ends Primary, Watermill, Northfield Manor School.
- Jarak antara Harborne - Selly Oak/Park 1.5 miles.
iii - Zon Aston (B6)
Berhampiran dengan Birmingham City University, Aston University dan Metropolitan College.
Harga sewa sebuah rumah sekitar GBP425 - GBP600.
Sekolah berdekatan: Manor Park Primary School dan Yew Tree Primary School.
Makanan Halal dan Restoran Halal sangat mudah.
Terdapat banyak masjid di kawasan sekitar Aston.
Bersama dengan ini juga dilampirkan peta panduan penempatan bagi memberi gambaran awal tentang penempatan keluarga Melayu di Birmingham. Tuan/puan juga boleh melayari link di bawah sebagai rujukan pencarian rumah di kawasan yang dinyatakan.
www.rightmove.co.uk
www.zoopla.co.uk
InsyaAllah, pihak MCiB akan turut sama di dalam urusan pencarian penempatan tetap tuan/puan apabila tiba di sini nanti.
3. Persekolahan Anak & Nurseri
- Seisi persekolahan sekolah bermula setiap bulan September setiap tahun.
- Bagi urusan pendaftaran sekolah, Sijil Kelahiran (versi baru & lama) serta terjemahannya perlu dibawa.
- Kanak-kanak yang telah mencecah usia 3 tahun (selepas 01hb Sept) layak dihantar ke nurseri secara percuma. (Bergantung kepada kekosongan).
- Pihak sekolah akan melihat jarak rumah dengan sekolah sebagai keutamaan bagi menerima pelajar.
- Tuan/puan boleh rujuk pada perenggan 'urusan penempatan' di atas untuk melihat kawasan penempatan dan sekolah yang berhampiran dengan lokasi rumah yang akan didiami kelak.
4. Kenderaan & Insuran
- Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk membeli dan memandu kereta di sini, sila bawa bersama lesen memandu Malaysia yang masih sah dari tamat tempoh. (Lesen Malaysia valid untuk tempoh setahun di sini).
- Sekiranya tuan/puan merancang untuk memandu di luar kawasan UK, sila buat Lesen Antarabangsa dengan pihak JPJ Malaysia.
- Bagi urusan insuran kereta, adalah disarankan untuk sediakan NCD/NCB dari syarikat insuran di Malaysia. (Sila buat terjemahan sekiranya perlu untuk keperluan membeli insuran). Untuk makluman, insuran kereta agak mahal di sini.
5. Pendaftaran Klinik Kesihatan (GP)
- Untuk pendaftaran klinik kesihatan, buku rekod kesihatan anak mesti bawa (buku berwarna pink).
- Pihak NHS (Kesihatan) di sini memerlukan rekod Immunisasi anak untuk rujukan pihak mereka.
- Rekod kesihatan sebelum bersalin juga perlu bagi tujuan pemantauan pihak kesihatan di sini untuk Ibu dan juga bayi.
6. Malaysian Community in Birmingham (MCiB)
Di bawah naungan kami di Birmingham, aktiviti kemasyarakatan dikendalikan oleh MCiB. Sekiranya tuan/puan berkelapangan bolehlah melayari blogspot MCiB serta LIKE Facebook kami.
https://www.facebook.com/malaysianbirmingham/
http://malaysianbirmingham.blogspot.co.uk/
* Bahagian Q&A ini akan dikemaskini berdasarkan soalan-soalan yang sering diajukan oleh pelajar/warga baru. Pihak MCiB tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat yang diberikan ini menyebabkan berlakunya kesilapan atau kesulitan semasa tuan/puan berurusan untuk ke sini.
Kredit : [Ustaz Abu Zaid Sanusi.2014]