Malaysian Community in Birmingham

"LIKE" Kami Di Facebook!

12 Oct 2014

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2014

13:21 Posted by MCIB ,
Majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha pada kali ini diraikan dengan penuh ceria dan meriah oleh kehadiran lebih dari 250 orang warga Birmingham. Pelbagai juadah dan menu disediakan hasil usahasama keluarga-keluarga post grade dan juga pelajar-pelajar UG disamping sumbangan daripada individu dikalangan warga MCiB.
Majlis ini diadakan di kawasan Aston, Birmingham. Syabas dan tahniah diucapkan buat seluruh warga kerja yang menjayakan majlis kali ini dan semoga ikatan ukhuwah dikalangan warga MCiB berkekalan selamanya.




3 Aug 2014

Fruit Picking MCiB 2014

16:08 Posted by MCIB , ,
Fruit Picking merupakan antara program tahunan MCiB yang ditunggu-tunggu sepanjang musim summer. Pada kali ini, Court Farm, Tillington dipilih sebagai destinasi fruit picking MCiB. Buah-buahan serta sayur-sayuran segar boleh dipetik sendiri di ladang ini seperti strawberry, blueberry, raspberry, cherry, talberry, corn, carrot, beet root, onions, dan banyak lagi.







2 Aug 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfiri 2014

22:00 Posted by MCIB ,
Walaupun jauh di perantauan, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tetap dirasai oleh seluruh warga MCiB. Berkongsi juadah, berkumpul beramai-ramai dan saling bermaafan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama insan.


Majlis Hari Raya kali ini diadakan di Olton Friary, Solihull dan disambut oleh lebih 150 orang warga Birmingham. Majlis ini turut disertai oleh jemputan khas daripada pihak Education Malaysia UK & Ireland.



Disamping menjamu pelbagai juadah yang disediakan, anak-anak serta adik-adik kecil Birmingham turut diraikan dengan acara pemberian Duit Raya. Selain itu, penyampaian hadiah kepada juara Kuiz Ramadhan dan sesi bergambar turut sama memeriahkan lagi majlis gilang gemilang ini.


Semoga ukhuwah yang erat berkekalan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari seluruh warga MCiB.

  





10 Jul 2014

Ihya' Ramadhan: Majlis Iftar, Tadarus, & Solat Tarawih

09:32 Posted by MCIB , , ,
Salam Ramadhan 1435H buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Alhamdulillah...Dengan kesempatan yang diberikan, seperti kebiasaannya seluruh warga MCiB akan sama-sama meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan aktiviti Ihya' Ramadhan secara berterusan. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah Program Iftar Mingguan, Majlis Tadarus secara berkumpulan mengikut zon, dan juga solat tarawih berjemaah.










17 Jun 2014

Family Day MCIB 2014

04:51 Posted by MCIB
Alhamdulillah, Family Day MCIB 2014 yang telah diadakan pada Sabtu lepas, 14 Jun 2014 di Cannock Chase berjalan dengan sangat lancar. Family Day merupakan acara tahunan yang dihadiri oleh semua warga MCIB bagi mengeratkan silaturrahim dan persahabatan di antara ahli. Pihak MCIB mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, pada hari sebelum, semasa dan selepas hari tersebut.

Terima kasih. Semoga Allah memberkati kita semua.
















Gambar selanjutnya boleh lihat di SINI