Malaysian Community in Birmingham

"LIKE" Kami Di Facebook!

2 Aug 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfiri 2014

22:00 Posted by MCIB ,
Walaupun jauh di perantauan, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tetap dirasai oleh seluruh warga MCiB. Berkongsi juadah, berkumpul beramai-ramai dan saling bermaafan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama insan.


Majlis Hari Raya kali ini diadakan di Olton Friary, Solihull dan disambut oleh lebih 150 orang warga Birmingham. Majlis ini turut disertai oleh jemputan khas daripada pihak Education Malaysia UK & Ireland.



Disamping menjamu pelbagai juadah yang disediakan, anak-anak serta adik-adik kecil Birmingham turut diraikan dengan acara pemberian Duit Raya. Selain itu, penyampaian hadiah kepada juara Kuiz Ramadhan dan sesi bergambar turut sama memeriahkan lagi majlis gilang gemilang ini.


Semoga ukhuwah yang erat berkekalan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari seluruh warga MCiB.